Tuesday, 22 May 2012

ada sesiapa tak yang teringin nak masak sesuatu yang istimewa...ha ni saya nak kongsi tip nak buat kari ayam nasi kandar...memang meletup la..boleh jugak isi masa lapang kan dan paling penting dapat isi perut sendiri..hehe..save bajet sikit kan..saya ambil resepi ni dari blog orang..sori ye.sharing is caring kan..







KARI AYAM NASI KANDAR

Bahan:

1 Ekor Ayam (berat 1.6 – 1.8 kg)di potong sepuluh ketulan dan dibersihkan.
2 Biji Bawang Besar dihiris (untuk umis)
2 Biji Tomato (dibelah dua)
2 biji cili hijau di belah dua.
2 biji cili merah dibelah dua
2 tangkai daun pudina, daun pandan dan daun kari.
250gm santan pekat atau satu biji kelapa diambil santan.
4 sudu besar minyak masak untuk menumis
Garam secukup di rasa.
Perencah untuk ditumis.
25gm campuran kayu manis/lawang/buahpelaga/cengkih.
2 sudu besar serbuk kas-kas (pilihan)
125gm rempah akri baba’s
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih

Bahan-Bahan untuk dikisar

2 sudu besar halia dan bawang putih yang telah kisar (1:1)
4 biji cili hijau.
2 biji bawang sederhana besar.
1 biji tomato
10 biji buah badam dibuang kulit dengan merendam air panas.

Nota: bahan-bahan ini perlu dikisar halus.

Cara Penyediaan:

Panaskan minyak dan masukan dan masukkan bawang dihiris dan campuran kayu manis,daun pandan (dipotong 4?- 3 helai))daun kari,daun pudina.Selepas campuran kelurkan bau harum (perlu awas api jangan sampai hangus) masukan campuran bahan kisaran sehinnga semua campuran ini digoreng hingga warna kekuningan.Masukan bahan perencah bersama sedikit air.Kacau aduan sehingga sebatian ini mengeluarkan bau yang harum.Masukan ketulan ayam sehingga ketulan ayam tadi sebati dengan bahan rempah.Masukan air 500ml.Masukan ubi kentang.Tunggu hingga ubi kentang masak (boleh dipereksa dengan menekan senduk keats ubi).Tentukan ayam masak sempurna (boleh diperhatikan bahagian peha ayam urat sebelah bawah terputus).Jangan masak terlalu lama kerana jus ayam akan kehilangan dari dagingnya.Masukan santan,tomato,cili hijau,cili merah dan garam.kecilkan api.Kacau rata supaya tak pecah minyak.Apabila gelegak kari ini kali kedua matikan apai dan sedia untuk hidangkan.













bagi sesiapa yang tak makan ayam tu jangan risau saya ada cari jugak..ini dia kari ikan nasi kandar...tiba-tiba lapar nasi pulak..hehe..selamaat mencuba ye..resepi ni pon ambil dari blog org..hehe..ilmu elok kita kongsi kan..



kARI IKAN NASI KANDAR
Bahan-bahan:
1 kg. ikan yang telah dibersihkan - akak guna ikan bawal emas
150 gm. santan pekat atau 1/2 tin susu cair.
2 biji tomato (dipotong empat)
6 biji bendi - basuh dulu baru dipotong tangkainya
2 biji terung dipotong 4
2 biji cili hijau
1 tangkai daun ketumbar - dipotong kasar2 (resepi asal tak de)
1 senduk besar minyak masak
Garam secukup rasa.

Bahan tumis:
3 ulas bawang putih -dimayang
1 labu bawang besar -dimayang
1 inci halia -dimayang
1 sudu kecil halba campur
1 tangkai daun kari


Bahan rempah: (disatukan dan dibancuh dengan sedikit air menjadi pes)
125 gm rempah ikan - akak guna 3 sudu besar rempah kari ikan Babas
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kas-kas

Cara Membuat:

Panaskan minyak, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia.
Kacau hingga naik bau dan bawang hampir perang kemudian masukkan halba campur dan daun kari
Masukkan pes rempah kacau hingga betul2 garing dan naik minyak.
Masukkan air asam jawa dan 1 cawan air, dan biarkan ia mendidih selama 5 -10 minit.
Perlahankan api, masukan ikan dan terung.
Biarkan kari itu mengelegak selama selama 3-5 minit lagi.
Masukkan santan dan garam secukup rasa.
Apabila ikan telah masak, masukkan bendi, tomato dan cili hijau.
Kacau seketika, sebelum tutup api taburkan daun ketumbar dan bolehlah tutup api dapur. 


ni gambar saya waktu pergi interview hari tu..memang ramah betul la tauke Nasi Kandar Abu ni.Memang besh sangat dan tak menyesal pergi sana .yang paling penting dapat makn free lagi..hehe..
ha ni banyak lagi gambar keenakkan Nasi Kandar Abu ni...jom cuba .Sedap bangat..hehe..meleleh air liur tengok..

Nasi Kandar Abu


Berbagai jenis masakan nasi kandar yg mampu membuat setiap pelanggan terliur....umppphhh cubalah kesedapan Nasi kandar Abu.Satu-satunya Nasi kandar istimewa di penang.